End of 2019 by Alhamdulillah.

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wbt.

Malam ini akan jadi malam akhir bagi tahun 2019 dan tanggal 31 Disember ini jugalah akan menjadi penghujung bagi tahun 2019.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah 😊
Terima kasih Allah kerana Kau masih bagi aku nyawa untuk terus bertaubat dan melakukan kebaikan. Walaupun ada kalanya, iman aku naik turun macam roller coaster, tapi aku tahu Allah swt tidak akan berpaling kepada hamba-Nya yang sentiasa memohon dan berdoa tanpa henti.

Sis bersyukur, setelah banyak dugaan dan ujian yg sis lalui, sis masih mampu untuk tetapkan hati untuk sentiasa bersyukur. Bersyukur, Bersyukur, dan terus bersyukur. Itulah yang mengajar diri kita untuk terus hidup dalam kesederhanaan dan sentiasa beringat kepada insan yang memerlukan. Sis banyak belajar ilmu baru pada tahun ini. Alhamdulillah, Allah swt izinkan sis untuk merasainya. πŸ’•

Rasanya kan, dah ramai maklum yang sebenarnya, setiap apa yang kita minta pada setiap tahun itu, tak semestinya yang terbaik buat kita. Kadang, kita takkan pernah terlintas pun untuk memiliki sesuatu atau merasai kehilangan terhadap sesuatu. Kita juga takkan pernah terfikir untuk melalui rasa kecewa dan penderitaan. Tapi siapa sangka kn, lain yg diminta, lain yg dapat? 
Sedih, memang sedih dan ditambah dengn rasa kecewa setelah apa yang diminta atau didoa tidak dimakbulkan oleh Allah As-samii'. Malah ada je manusia yang memaki hamun dan bersangka buruk pada Allah swt, kerana si dia tidak dapat apa yang diinginkan pada tahun itu, bahkan masih bersikap angkuh dan sombong pada Allah swt. 

Sis x nak judge manusia, tapi apa yang sis tahu, jika hati dan jiwa kita kosong tanpa Allah swt, kita akan mulai rasa hidup ini tidak perlu bantuan sesiapa pun termasuk Allah yang Maha Esa. Baginya, cukuplah diri mereka sahaja yang berusaha. Mereka berusaha tanpa meletakkan pergantungan yang sepenuhnya kepada Allah swt. Sedangkan, udara yang mereka hirup untuk bernyawa itupun adalah pertolongan dari Allah swt. Itulah manusia yang sombong dan tidak mahu bersyukur.

Setiap perkara yang baik mahupun yang buruk datang kepada kita pada tahun itu, boleh jadi ia hanyalah satu ujian buat hamba-Nya. Adakah dengan ujian itu mampu untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya atau menjauhkan kita dari Syurga-Nya? Inilah yang akan jadi kemuncaknya dalam kehidupan seorang insan yang beragama. 

Bukankah itu hanyalah sekadar ujian kehidupan buat kita untuk menyedari kekuasaan Allah swt?
Jadi, mengapakah kita masih mahu bersangka buruk dan tidak sabar akan ujian tersebut?

Dear you, sentiasalah bersangka baik dengan Allah swt walaubagaimanapun sekali dugaan yang kita terima. Beringatlah, untuk sentiasa bersabar dan bersyukur. Jangan pernah berhenti berdoa dan bergantung harapan kepada Allah swt. 
"Berharap dengan manusia, hanya mendapat kelegaan. Tetapi, berharap pada Allah swt, kita akan mendapat pengharapan yang dimakbulkan"

Kesabaran itu sebenarnya manis jika kita pandai untuk menerimanya dengan redha.
Always forgive yourself and also the people surrounding you.

Misi sis utk tahun 2020?
(그것은 λ‚˜μ˜ 비밀이닀 πŸ˜„πŸ˜)

May Allah swt bless me and all my loved ones with his great love and kindness. 
Allahumma Aamiin. πŸ’–

Comments