Sabar itu manis

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wbt

Sabar itu memang manis.. sebab untuk mendapatkan rasa kesabaran itu memang susah. Betul! Memang susah ! apatah lagi kalau kita mahu sentiasa istiqomah. Lagi ianya memerlukan sifat sabar tu.

Dalam kita hidup di dunia ciptaan Allah SWT yg penuh dgn onak duri ini..sifat sabar itu sememangnya amat penting dalam diri.

Nak tahu sebab apa?

Kerana sabar itu menjadikan manusia, seorang yang bertolak ansur dan sentiasa positif. Selalunya org yg sabar, mereka akn rasa percaya dan tenang.

Setiap kali ditimpa masalah atau tekanan trhadap sesuatu perkara yg datang, ketika itulah sifat sabar memainkan peranan.

Kebanyakan manusia ni, kalau ditimpa masalah je, mesti rasa nak mengamuk, marah tak tentu pasal, then end up org lain yg kena tempiasnya. Hmm..

Sebab itulah..
setiap kali kita rasa nak marah atau tertekan, cuba cara ini:

Duduk dahulu (seperti yg diajarkan oleh Rasulullah saw untuk menahan marah). Pejamkan mata, cuba utk kosongkan minda. Kemudian, slow-slow tarik nafas.
lps tu, katakan pada diri; "Sabar!" berulang kali dan senyum. 

Sy tahu ianya tak mudah buat kali pertama. But, jika selalu dipraktikkan, in shaa Allah.. ianya akn jadi mudah selepas itu.

Bohonglah kalau sy kata saya x pernah ada masalah atau tertekan dgn ssuatu, dan bohonglah juga kalau sy kata sy ni slalu sabar.. 
Sungguh sy tak! kerana sy bukan manusia yg kuat, yg sentiasa sempurna..
Menangis? dah berjuta air mata mengalir.
Putus asa? beribu kali...

Tetapi, semuanya saya hadap dgn buat satu perkara iaitu sentiasa melatih diri utk sentiasa sabar. Secara automatik,sy akan berfikiran positif dan mula menghadapi masalah itu sbgai ujian oleh Allah swt, tanda Dia sayang pada sy.

Sy berpegang dgn ajaran yg dibawa oleh Rasulullah SAW dan juga, Al-Quran. Sy percaya akan janji Allah swt itu adalah pasti! Sepertimana Allah swt berfirman dalam kitab-Nya:

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar, dan mengerjakan solat, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar" (Surah Al-Baqarah :153)

Dan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Terima kasih di atas ujian-Mu yang membuatkan aku untuk sentiasa berprasangka baik kepada-Mu dan juga bersyukur atas rahmat-Mu.

Ternyata! Sabar itu sungguh memang manis! 😍

#hiddensmile

Comments