Jemputan Terindah [Part II]
Bismillahirrahmanirrahim
continuation of the 'Jemputan Terindah [Part I]'
Setelah aku maklumkan hal ini pada Ibu Ayah, sedang kami berfikir atas jalan penyelesaian dan kata putus yang perlu aku berikan sebelum aku pulang ke Penang esok harinya. Kata Ayah, menyuruh aku untuk bertawakkal. Kata Ibu? Itulah kata-kata yang amat memilukan hati aku sebagai seorang anak, aku menahan air mata di depan mereka. Jahatkah aku jika aku korbankan "kesenangan" Ibu Ayah hanya untuk kesenangan exam paper aku? Kejam kah aku sebagai seorang anak? Aku hanya terdiam selepas mendengar kata-kata dari seorang Ibu Ayah buat anaknya. Di dalam bilik, aku bersendirian. Air mata yang sebentar tadi aku menahan, akhirnya jatuh jua di pipi. Aku menangis, sangat. Entah kenapa, aku rasa inilah keputusan yang berat untuk aku pertimbangkan. Kerana bagi aku, dua-dua adalah amat penting untuk aku, IbuAyah dan Master? Tetapi, akal aku mula berfikir, secara logiknya, di sudut hati aku paling dalam, IbuAyah jauh lagi penting. Apa guna aku belajar tinggi, jika hati mereka terguris. Aku dapat melihat betapa besarnya harapan Ibu untuk aku pergi bersama mereka tetapi Ibu adalah seorang Ibu, kepentingan anak jauh lebih penting dari dirinya sendiri; Ibu tidak mahu aku extend semester. Harapan dan keinginan itu yang membuat aku menangis. Hatiku merintih; "Ya Allah, jika ini adalah pengorbanan yang perlu aku buat demi Ibu Ayah, maka Kau kuatkan lah aku Ya Allah. Bantulah aku, Ya Allah!"
Pada keesokan hari, sebelum aku bergerak balik ke Penang, aku berkata dengan hati yang penuh tawakkal, "Ibu Ayah, atin akan ikut sekali Ibu Ayah pergi mengerjakan Umrah." Aku dapat melihat senyuman seorang Ibu, sejujurnya ini akan menjadi kenangan yang terindah buat aku. In shaa Allah, ini pilihan aku. Jika ini yang terbaik buat aku, jika aku perlu extend semester, adalah yang terbaik buat aku, aku redha akan jalan takdir Allah s.w.t pilih buat diri aku. Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan dunia dan akhirat aku. Aku melangkah keluar dari rumah selepas bersalam dengan Ibu Ayah dan terus bergerak balik ke Penang menaiki bas. Tiada rasa penyesalan yang dibawa, In shaa Allah.
Hari demi hari, du'a itu tak pernah putus, hati aku cukup kuat untuk terus bersangka baik dengan Allah s.w.t ketika itu, pada saat itu. Aku mulai berhenti berharap pada ihsan seorang manusia, aku mulai letakkan pengharapan aku sepenuhnya pada Allah Azza wa Jalla. Allah s.w.t lebih Maha Mengetahui. Sehinggalah tarikh sebenar jadual exam aku keluar, aku bersyukur sekali lagi, Allah itu Maha Baik. Kuasa Allah itu hebat. Alhamdulillah, Ma shaa Allah, tiada satu paper pun yang clash dengan tarikh Umrah aku. Sekali lagi aku menangis bersyukur, aku maklumkan hal ini pada Ibu Ayah. Alhamdulillah, Allah s.w.t permudahkan urusan buat kami sekeluarga. Walaupun aku hanya ada gap 1 hari selepas aku tiba di Malaysia, aku perlu terbang ke Penang untuk menduduki peperiksaan akhir semester 1 untuk paper pertama. Tetapi, tetap du'a itu tak pernah putus dari disebut. Semoga tubuh badan aku sihat disepanjang aku menjalani peperiksaan akhir nanti.
28/01/2023, tarikh istimewa perjalanan aku bersama Ibu Ayah menuju ke tempat idaman seluruh umat Islam, iaitu Kota Madinah. Selama 5 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah, menjadikan aku hamba-Nya yang cukup tahu dan sedar; Jangan sesekali putus du'a dan sentiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t. Setiap ujian dan dugaan yang aku lalui, akan ada hikmah disebaliknya. Bahkan, disepanjang perjalanan aku di sana, aku kekalkan rasa tawakkal lillahi ta'ala sepenuh hati kepada Allah Maha Agung.
Sahabat, Allah itu maha baik kan? Selain dari kronologi ujian ini, terselit bermacam-macam cerita dan pengalaman aku yang menyakini akan kuasa dan hebatnya Allah s.w.t itu. Biarlah ianya menjadi rahsia yang kemas tersimpan didalam hati ini. Cukuplah aku katakan, Allah itu Maha Baik dan teruskan, kekalkanlah rasa dan keinginan bersangka baik dengan Allah s.w.t dalam kehidupan, percaya lah, kau akan rasa kenikmatan itu tanpa kau sedar, dan sekiranya kau sedar, hadirkanlah rasa kesyukuran seikhlasnya dalam hati.
Alhamdulillah Tabarakallah. 💖
"Ya Allah, sungguh mata ini menjadi saksi akan keajaiban-Mu, akan kekuasaan-Mu. Hati ini jua menyakini akan keagungan-Mu. Kaulah Allah yang Maha Baik. Terima kasih, Alhamdulillah atas jemputan yang terindah ini."
Sesungguhnya merasai peluang menjadi jemputan-Mu adalah rahmah terbesar yang pernah aku miliki sepanjang hidup aku selain hidup bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah, Subhanallah.
#hiddensmile
p/s: Disini aku lampirkan sekali beberapa keping gambar memori aku bersama IbuAyah di 2 Kota Suci yang terindah. Semoga Allah swt mengizinkan kami sekeluarga (Nor Hashim's Family) untuk menjejaki ke tanah suci sebelum kami menutup mata. Allahumma Ya Barii', Allahumma اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.
Comments
Post a Comment