MLS: 2017

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Setelah sekian lama sis tak kunjungi blog ni. Uishhh, bersawang sgguh.😀
Huhu, nmpak sgt busy empunya diri.
Tapi takpe.. akan sis mulakan coretan 2017 di dlm blog ni dgn satu cerita;

J
eng...Jeng..Jeng..

MLS: 2017

atau utk mudah difahami, iaitu " My Learning Session: 2017 ".
Kenapa ye?
Sebab, tahun 2017 inilah yg byk mngajar sis tentang realiti sebuah kehidupan apabila melangkah ke alam universiti.
Walaupun sis masuk uni pd akhir tahun 2016, tapi realiti sis 'belajar' sesuatu adalah pada tahun 2017. (Hehe, baru na belajar mengorak langkah katakan...)

Ia bermula apabila sis mulai aktif dlm satu persatuan under Universiti.

Unexpected sebenarnya, sebab pada mulanya, masuk persatuan tu hanya suka-suka, last-last kena diserap sbgai ahli utama yg penting. 😄
Yang jadi pilunya apabila batch sis waktu itu, hanya kurang dari 10 org je dlm persatuan tu.. ish,ish,ish...
tapi nak buat mcm mana, mgkin ad hikmahnya. Siapa kita utk menilainya..

Okay, nak jadikan ceritanya pula bila sis and the gang yg tak seberapa nak ramai ini (senang cerita 5 org je include sis), diminta utk handle satu program spnjg bulan Ramadan (masa tu Ramadan da nak hampir)... 

Try imagine, in 1 month, kami kena kerah cari ajk, cari dana tajaan & plan aktiviti yg nak dibuat. Lps tu nak kena siapkn kkp, buat surat itu ini, surat tu pulak kena lengkap bertanda tgn. Masa tu pulak, ajk yg serius nak join program ini cuma hnya ad 10 org je, itupn sbb program Ramadan kami tu dilaksanakan masa "Study week" (next week tu dah start final exam) jadi rasa-rasanya, ada ke org na join jd ajk? 

Kami, masa tu mmg dah stress high level la sbb mcm lah kami ni tak amik final exam, kami pn exam jga, tp takpe lah hati kami mmg lembut, kami sabar & redha. Tetap teruskan walaupun tak ramai. Hahaha.

Nasib baik kami dibantu oleh senior atas walaupun tak ramai mana, tp Alhamdulillah. KKP kami hmpir 3 kali kena reject atass hanya kerana kesilapan yang kecil di dalam surat & juga penceramah jemputan. Padahal masa tuh program kami lagi 3 hari nak start.. tp senior ckp 'go on' je projek ni wlupun tnpa kelulusan kkp.

Apa-apa pun, 2 hari selepas program ini berjalan, Alhamdulillah, kkp kami diluluskan. 

Bayangkan pula masa tu, dana tajaan masih 'ZERO' lg, kami tak dak duit. Akhirnya kami usaha jga buat muka sedih utk minta sedikit duit simpanan Persatuan utk back up program kami. (Nasib dapat! 😄) Da byk org kami jmpa,call, ws & email utk dptkan sumbangan or tajaan. Yg mana bagi tu alhamdulillah, yg tak berjawab semua tu takpe la.. 
"kita redha, mgkin xde rezeki kita", masing-masing saling menguatkn each other. Mmg byk dugaan yg kami lalui, dgn transportationnya takde lah, dgn xde bantuan yg cukup utk membantu..sampaikan kami ada yg x cukup tidur sbb na study utk exam n juga fokus program ni. Jujur sis ckp kami ni da mcm mayat hidup and sis smpai demam (dah lah masa exam plak tu, "xpe, sis redha n tawakal" ) 😂

Syukur Ya Allah, walaubagaimanapun dugaan sakit n penat yg kami lalui, alhamdulillah kami berjaya laksanakn program tu. Yang paling win nya, duit dana tajaan kami ada baki lebih dr RM1000++. Even program kami dah selesai, duit dana tak putus-putus org menyumbang. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki insan-insan yg menolong kami. Aamiin.


Dari pengalaman itulah yg mengajar sis, tentang realiti kehidupan, macam-macam ragam manusia yg sis jmpa, even utk mndapatkn pahala yg percuma pn mereka tak mahu berebut.

Bila sis sndiri yang mengalami & melihat situasi sprti tu, sis amat yakin dgn statement ni,

"Melakukan dosa adalah perkara yg paling senang & ringan kerana ianya adalah paling senang utk manusia lakukan, sedangkan pahala adalah sebaliknya."
Wallahualam.

Tersentap sis, sbb sis pun manusia jga yg tak sempurna. 😢
Alhamdulillah ala' kulli hal.

#hiddensmile

Comments