Ibu Kota Palestin

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Baru -baru ni, seluruh dunia digemparkan dengan satu berita yang amat dahsyat dn mengejutkan, terutama sekali dalam kalangan umat Islam.


"Al-Quds adalah sebagai ibu kota Israel!" (Presiden Donald Trump dengan bangga mengisytiharkannya)


Allahu...  
Sungguh! pengisytiharan ini telah menaikkan keamarahan setiap umat islam bahkan yg bukan beragama islam sekalipun. Hal ini kerana mereka mengetahui dengan JELAS bahawa Baitul Maqdis (Al-Quds) adalah bukan negara israel, bahkan Israel tidak pernah & tidak akan ada negara sendiri !

Mereka hanya datang sebgai penjajah dan mula menjadikan Palestin sbgai tanah Israel dan membunuh serta menghalau setiap rakyat palestin, Allahu Akhbar!


Sekarang, di sini da terbukti, siapa yg terrorist? Islam atau Israel?  

Bertahun-tahun rakyat palestin (Orang dewasa, kanak-kanak, dan remaja, tidak kira kaum adam atau hawa) masing-masing berjuang untuk menyelamatkan negara mereka, bahkan ada yang syahid dlm perjuangan, merasai kehilangan orang tersayang & juga berhadapan dgn risiko tiada makanan,minuman, pakaian dn tempat tinggal yg sempurna. 

Tetapi Jiwa mereka tidak pernah luntur, perjuangan mereka tidak pernah habis. Peluru atau kereta-kereta kebal yang ada di hadapan mereka tidak pernah menjadi sesuatu yang menggerunkan mereka, malah mereka membuktikan nya dengan keberanian untuk tampil ke hadapan dengan semangat Yakin kepada Allah.


Mereka berani berkata , malah dengan rasa jiwa Islam yg sebenar,

berdiri dan melaungkan ;

"Ini tanah kami, Al-Quds tanah kami , palestin rumah kami! Israel bukan suatu negara, bahkan mereka adalah penjajah!"


Subhanallah! Allahu Akhbar!



Pengisyhtiharan Trump juga telah membuktikan kata-kata Rasulullah saw di dalam hadis riwayat al-bukhari adalah nyata dimana;


Di antara tanda-tanda Kiamat adalah penaklukan Baitul Maqdis dan ini telah dijelaskan dalam hadits ‘Auf bin Malik rah, beliau berkata, Rasulullah saw bersabda:

اعْدُدْ سِتًّا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ… (فَذَكَرَ مِنْهَـا:) فَتْحُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

‘Ingatlah (wahai ‘Auf) ada enam (tanda) sebelum datangnya hari Kiamat….’” (Lalu beliau menyebutkan salah satunya), “Penaklukan Baitul Maqdis.” [1]



Menyebut tanda-tanda kiamat yg sudah muncul,apakah dengan mendengarnya sahaja , kita sudah bersedia menghadapinya? Apakah dengannya, kita mampu untuk terus berselindung? terus duduk diam tnpa berfikir? terus melihat Islam, satu persatu hancur dn lenyap begitu shja? Membenarkan negara-negara Islam dijajah tnpa ada sedikitpn rasa untuk mmpertahankannya? 

Berfikirlah dgn kritis & luar dr kotak pemikiran dan jadikan ilmu yang ada sebagai pemangkin kekuatan Islam dikembalikan, sebagai sebuah pertahanan yg utuh!

Allah tidak akan menjadikan setiap nikmat atau anggota badan yang dipinjamkan-Nya utk hamba-Nya untuk jadikannya sesuatu yang sia-sia, bahkan ada sebab yang perlu untuk kita lihat sbagi laluan dan juga pintu yang terbuka dan meluas.

Sesungguhnya, Kekuatan yg ada datangnya dari Allah swt, tuhan yg esa. Kelemahan yg ada pn datangnya dari-Nya.
Tetapi, apakah kita hnya akan terus meminta tanpa berusaha?
Malulah pada mereka yg berjuang kerana Allah, yang terus yakin tanpa sedikit pun berpaling daripada -Nya..Yng sentiasa menjadikan Islam sebagai agama yg sempurna tanpa cacat cela walaupun manusia ini tidak pernah sempurna. 

Kita mampu sekiranya kita mahu! dan kita gagal sekiranya jika kita menghalang diri sendiri untuk melihat kebenaran nyata. Terus yakin pada Allah dan teruskan lah menyambung perjuangan Rasulullah saw shingga diri mu dipanggil menghadap ilahi.

Jadikan hidup, satu perjuangan bermanfaat bukannya satu permainan yang sia-sia!

Berkata seorang pemimpin Islam yng agung Salahuddin al-Ayyubi:
"Bagaimana mungkin aku mampu tersenyum sedangkan al-Aqsa sedang ditawan. Sesungguhnya demi Allah, aku malu terhadap Allah untuk terus tersenyum sedangkan saudaraku sedang diseksa dan dibunuh."

Itu baru perasaan pemimpin Islam yang hebat, sedangkan kita yang hidup di akhir zaman ini, apa perasaan kita melihat semua ini?



Allahumma Aamiin.. moga Islam tetap di jiwa!

#hiddensmile



\

Comments