"Serah anak gadis, duit masuk?"
Perkahwinan di usia muda adalah salah satu cara untuk melepaskan diri daripada kekangan kewangan dan keinginan untuk mengubah status hidup di negara orang.
Kenyataan di atas adalah bukan satu perkara yang asing bagi masyarakat etnik Rohingya di daerah Rakhine, Myanmar. Bagi sesetengah ibubapa, mereka berpendapat itu adalah satu penyelesaian mutlak untuk mereka bebas dari masalah kewangan.

Cukup mudah untuk lakukan. Tetapi, pernah terlintaskah di fikiran tentang kesan dan akibat yang bakal dilalui oleh anak gadis mereka yang baru setahun jagung? Mereka yang lalui adalah dalam kalangan 12-13 tahun. Mereka tidak tahu apa-apa,bahkan apa yang mereka tahu, bagi mereka, ibubapa adalah pelindung dan dengan menjadi 'Pengantin Rohingya' ini, emosi yang bakal mereka lalui adalah TAKUT untuk hidup.
Menjadi pengantin di usia muda tanpa kerelaan boleh mencetuskan sifat takut, insecure, kemurungan dan penyakit bipolar( boleh rujuk Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Suzaily Wahab) kerana setiap perkahwinan yang diaturkan, setiap anak gadis yang melaluinya, mereka tidak mengenali wajah mahupun personaliti bakal suami mereka.
Sedangkan mereka juga tiada jaminan sama ada bakal suami mereka itu adalah orang yang boleh dipercayai 100% atas keselamatan. Di Malaysia, tiada kes Perkahwinan Rohingya yang membabitkan mahkamah. Justeru itu, ini akan menjadi satu perkara yang besar dan bertambah sulit apabila berlaku kes penderaan yang aktif terhadap kanak-kanak.
Selain itu, mengikut kefahaman masyarakat mereka, istilah 'perkahwinan' atau 'pengantin muda' membawa erti kepada "JUAL atau DAGANGAN". Hal ini kerana, ejen sindiket yang terlibat akan mengesyorkan hal ini kepada keluarga yang sangat daif sehingga mereka merasakan wang mengatasi segalanya daripada keselamatan dan masa hadapan anak gadis mereka.
Tidak kira berapa usia anak gadis mereka asalkan ada kaum lelaki daripada etnik yang sama dari negara lain sanggup membeli dan membayar dengan sekian harga. Bekas ejen pedagang manusia, seorang lelaki Rohingya berkata permintaan pengantin Rohingya meningkat. Sindiket penyeludupan boleh menerima sehingga RM7,000 (AS$1,557.29) bagi setiap gadis yang diberikan keluarganya atau dijual kepada lelaki.
Comments
Post a Comment