Akhlak Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wbt.

Seperti yang kita tahu bahawa akhlak merupakan satu tunjang utama dalam kesempurnaan iman seseorang itu. Kerana akhlak adalah cerminan hidup seseorang itu. Sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Imam at Tirmizi;

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya"

Masha Allah.. 

Okay, berbalik kepada tajuk kat atas iaitu "Akhlak Rasulullah SAW", 
kita mesti sudah biasa dengarkan mengenai satu ayat ni yang mengungkapkan bahawa "Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran (Khuluquhu Al-Quran)". Betul?

Ungkapan ini pernah diceritakan oleh Saad bin Hisyam bin Amir yang mana beliau pernah bertanya kepada Ummul Mukminin Saiyiditina Aisyah ra mengenai akhlak baginda, dan itulah jawapan Aisyah. 

Sedangkan dalam firman Allah swt, "Sungguh engkau budi pekerti yang agung."
Di situ, kita dapat lihat bahawa apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt dalam Al-quran, baginda SAW akan mengikutinya, begitu juga dengan sebaliknya.
Lihat sahaja bagaimana baiknya layanan Rasulullah kepada isteri-isteri baginda, para sahabat dan juga kepada orang yang bukan Islam. Sangat lemah lembut dan berbudi bahasa.

Saiyiditina Aisyah juga pernah berkata, Baginda SAW tidak pernah meninggikan suara bahkan baginda SAW juga tidak pernah sekalipun menggunakan perkataan-perkataan carut sepertimana yang kita biasa dengar pada zaman ini. Selain itu, baginda juga tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan, malah baginda mengampunkan dan memaafkan lagi kejahatan yang dibuat kepadanya. 

Sungguh, sememangnya Allah swt menciptakan baginda dengan sifat-sifat yang terpuji dan sebaik-baik akhlak, Subhanallah. Tidak cemburukah kita?

Sekarang ini, jika dilihat pada zaman sekarang ni, perkataan-perkataan mencarut atau yang sama dengannya sangat mudah dilafazkan, dan lama kelamaan akhlak seperti itu sudah menjadi satu rutin biasa dalam kehidupan kita, bahkan mungkin dah sebati dalam jiwa kita. Allah..

Bukankah setiap perkataan yang kita ucapkan itu mencerminkan diri kita? Ingatlah, bahawa satu carutan itu akan meninggalkan satu titik hitam dalam hati kita. Itu baru satu carutan, kalau banyak, macam mana lah agaknya hati kita kan?

Oleh itu, apa kata kita ubah kehidupan harian kita dengan berakhlak baik, walaupun mungkin tak dapat tandingi akhlak Rasulullah SAW, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat contohi baginda dan dapat mencerminkan akhlak seorang mukmin yang memegang nama Islam itu dengan baik dan sempurna, In shaa Allah.

Sekaligus, kita tukar juga setiap carutan atau perkataan-perkataan yang tidak elok yang keluar di mulut itu dengan Zikrullah.
Haa.. kan senang-senang dapat pahala free, tak susah bukan nak kejar syurga Allah?

Moga kita tergolong dalam insan yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, sama-samalah kita berebut akan Syurga-Nya. In Shaa Allah.

#hiddensmile

Comments