Kerana Allah al-Wadud

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum wbt.

Apabila hidup ini sememangnya hanya untuk memuaskan nafsu sendiri, tetapi pada akhirnya dirinya itu jua yang jatuh menyembah bumi. 
Siapakah kita untuk mengutuskan segalanya? Siapakah kita untuk menidakkan sesuatu yang telahpun berlaku? Siapakah kita untuk menghalang? Siapakah kita? 

Sedangkan kehidupan kita ini juga diberi tanpa dikenakan bayaran. Malunya kita kerana masih bersifat bongkak dan takbur akan nikmat yang diperolehi. Sedikitpun tiada rasa untuk bersyukur. Bahkan diri tidak pernah untuk rasa bersyukur akan yang lalu tetapi masih ada keinginan untuk minta yang baru? 

Ya.. betul. Allah swt adalah satu-satunya tempat untuk kita bergantung. Satu-satunya tempat untuk kita meminta dan terus meminta. Allah swt sifatnya baik dan mulia, tersangat-sangat baik. Kita minta sebanyak manapun, Allah tidak pernah membenci malah Dia sangat cinta dan suka akan hamba-Nya yang terus menerus meminta. Cukuplah untuk kita terus menerus mengingati-Nya dan menyembah dirinya yang satu. Allah swt yang Maha Esa lagi Agung. 

Allah al-Wadud , Allah swt yang Maha Pencinta.
Cinta Allah swt adalah yang paling hebat dan agung malah ia melebihi dari cinta seorang ibu kepada anak-anaknya. Itulah cinta Allah swt kepada hamba-Nya. 
Sungguh sayangnya Allah swt pada kita sehingga Allah swt akan merasa malu jika permintaan hamba-Nya tidak ditunaikan.

Tetapi percayalah, setiap apa yang kita minta, tidak semestinya ianya adalah yang terbaik untuk kita. Jadi, setiap apa yang Dia berikan mahupun mengambil sesuatu daripada kita, Percayalah dan yakinlah itu yang sememangnya yang paling terbaik untuk diri kita. Sifat Allah swt yang pencinta, hanya ingin yang terbaik untuk hamba-Nya kerana itu yang mendefinisikan Cinta Allah swt yang paling agung.

Maka, sahabat.
Bersangka baiklah kepada Allah. Walaubagaimanpun sekali dugaan mahupun ujian yang kita dapat sama ada ianya berat sehinggakan diri kita rasa ingin berputus asa, 
Bangkitlah, dan terus percaya dan terus yakin akan ujian yang diberikan kerana Allah swt sayangkan kita, Dia amat rindu akan rintihan doa kita dalam setiap sujud. 

Dikala kita susah mahupun senang, ingatlah Allah swt sentiasa. Ikhlas dan sabar akan ujiannya, berdoa dan terus berdoa dan jangan pernah berhenti meminta pada Allah swt. Sungguh Allah swt mencintai orang yang sabar. 

Kerana Allah al-Wadud.


Allahumma Aamiin.

#hiddensmile

Comments