Kenali Islam...
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Apakah itu Islam?
Agama Islam adalah agama samawi yang mana ianya datang terus dari langit (daripada Allah swt) yang bersifat rabbani iaitu yang bersumberkan wahyu dari langit diturunkan melalui malaikat Jibril as. Ia bukanlah agama yang diciptakan oleh akal manusia yang terbatas, kerana itulah ia amat sesuai untuk diterima oleh seluruh umat manusia tidak kira dari pelusuk mana sekalipun. Islam itu sempurna dan terbaik. Ia bersifat universal.
Islam itu tidak akan sempurna sekiranya ia hanya diambil secara zahir, atau batin sahaja ataupun dari aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan Islam itu hanya akan terserlah apabila seorang mukmin itu mengamalkannya secara keseluruhan.
Lihat juga dari sudut makna Islam di atas, jika diteliti dan difahami dengan baik, dari situ kita dapat menghuraikan 5 rukun Islam yang sebenarnya. 5 tunggak yang memberi maksud Islam secara total. Kerana ia merangkumi ibadat secara perbuatan, percakapan, dan jiwa serta campuran perbuatan dan percakapan.
Kerana itulah seorang mukmin itu sebelum dirinya mengaku akan cintanya kepada Islam, dirinya itu perlu terlebih dahulu mengenali Islam secara total dari segi jiwa dan hati.
Assalamualaikum wbt.
Apakah itu Islam?
Islam itu bahawa engkau naik saksi tiada tuhan melainkan Allah swt dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, dan sesungguhnya bahawa engkau menunaikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji dan umrah sekiranya engkau berkemampuan.
Agama Islam adalah agama samawi yang mana ianya datang terus dari langit (daripada Allah swt) yang bersifat rabbani iaitu yang bersumberkan wahyu dari langit diturunkan melalui malaikat Jibril as. Ia bukanlah agama yang diciptakan oleh akal manusia yang terbatas, kerana itulah ia amat sesuai untuk diterima oleh seluruh umat manusia tidak kira dari pelusuk mana sekalipun. Islam itu sempurna dan terbaik. Ia bersifat universal.
Islam itu tidak akan sempurna sekiranya ia hanya diambil secara zahir, atau batin sahaja ataupun dari aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan Islam itu hanya akan terserlah apabila seorang mukmin itu mengamalkannya secara keseluruhan.
Lihat juga dari sudut makna Islam di atas, jika diteliti dan difahami dengan baik, dari situ kita dapat menghuraikan 5 rukun Islam yang sebenarnya. 5 tunggak yang memberi maksud Islam secara total. Kerana ia merangkumi ibadat secara perbuatan, percakapan, dan jiwa serta campuran perbuatan dan percakapan.
Kerana itulah seorang mukmin itu sebelum dirinya mengaku akan cintanya kepada Islam, dirinya itu perlu terlebih dahulu mengenali Islam secara total dari segi jiwa dan hati.
💘 Pada jiwa bilamana dia melakukan setiap yang diajarkan oleh Islam itu dengan penuh kerelaan dan tiada paksaan semata-mata atau dalam erti kata lain; Ikhlas lillahitaala.
💘 Dan yang dimana pada sudut hati pula, ia menyakini sepenuhnya bahawa kesempurnaan Islam itu; dan kebenaran bahawa Islam itu dari Allah swt yang maha penyayang. Menyakini Islam itu sentiasa memberikan ketenangan kepada hamba Allah swt. Kerana ketenangan dan kebahagian itu datang dari Allah swt.
Ingat, Islam itu sentiasa memuliakan pencinta-Nya. Melalui Islam, kita kenal Allah swt. Kerana Islam diciptakan oleh-Nya dengan begitu sempurna dan indah.
Subhanallah. Alhamdulillah.
#hiddensmile

Comments
Post a Comment