Menjaga itu lebih sukar daripada Memiliki

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum wbt.





Bahagia sungguh rasanya bila kita sudah memiliki insan yg disayangi, betul tak? 

Terdetik jugalah di hati dengan pengharapan yg penuh bahawa insan yg dimiliki itu akan kekal disisi kita hingga ke akhir hayat, begitu juga dengan cinta yg dipupuk. Kan?

Tapi, bagaimana utk menjadikan pengharapan serta keinginan kita itu menjadi satu realiti bukannya fantasi semata-mata?

Konsepnya amat mudah, iaitu dengan 'Menjaga'. 

Tapi bagaimana pula? 😟

Begini.

Sememangnya betul, memiliki itu lebih mudah daripada menjaga. Kerana hati manusia ini amat mudah dibolak balikkan, ditambahkn lagi dengan igauan mainan syaitan dan iblis yg tak pernah berhenti utk mengacau. Jadi, amat mudahlah sesuatu hubungan yg trjalin itu goyah dan punah. Apatah lagi, hati manusia ini adalah hak milik mutlak Allah swt. Dia lah yang berkuasa dan pemegang hakiki hati setiap manusia.

Kerana itulah, dengan menjaga, cinta yg terjalin itu juga turut terjaga. 
Caranya adalah amat mudah.
Iaitu dengan bersama² menjaga hubungan dengan pemegang hati yang mutlak iaitu Allah SWT. Sentiasa menjaga solat 5 waktu & ditambahkan lagi dengan seri rangkaian solat di sepertiga malam. Sentiasa juga berdamping dengan kitab suci Al-Quran. Membaca, menghayati, mentadabbur dan mengaplikasikan ajaran Al Quran tersebut dalam kehidupan bersama insan yang tersayang. Mudahkan?
Namun, ia seharusnya dilakukan tanpa henti agar hati dan juga iman turut kuat untuk menghadapi apa sahaja rintangan yg mendatang.
Kerana Ujian itu tanda Allah swt sayangkan kita, betul tak?
Diuji kerana utk mengukur tahap keimanan dan juga kesabaran kita.

Walaubagaimanapun, yang menjadikan ianya susah adalah bilamana kita berusaha untuk istiqomah dalam menjaga, kerana janji Iblis laknatullah itu kepada Allah swt adalah untuk menghancurkan keturunan Nabi Adam as.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT dan terus yakin akan janji² Nya. Saling menguatkan dan mengingati antara satu sama lain.Yang buruk dicegah, yang baik dirapati.

Selain itu, jadikan ilmu sebagai salah satu yang utama. Berusaha untuk sentiasa dekat dengan majlis² ilmu supaya kehidupan bersama pasangan itu sentiasa diserikan dengan kecintaan terhadap ilmu kerana mencintai ilmu juga adalah salah satu aspek dalam 'menjaga'. 😉

Apa²pun, jgn pernah berhenti untuk berdoa. Teruskan berdoa dengan Sabar dan Ikhlas. Allah SWT itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dialah juga tahu akan takdir hamba²-Nya, maka janganlah kita mudah berputus asa daripada terus mencari rahmat dan keredhaan dari-Nya.

Islam itu amat mudah tapi janganlah kita mempermudahkannya dengan cacat cela buatan manusia. Sedangkan ianya sudah tercipta dengan sempurna. Subhanallah.


Andai kata kita diuji dengan hubungan bersama pasangan itu bermasalah, renungkan dan muhasabah semula jalan hidup yg kita cipta dalam dunia, berbaliklah semula dgn hubungan kita dengan Allah ta'ala. Kerana Dialah sesungguhnya pemegang hati.

Jika kita menjaga hubungan kita dengan-Nya sebaiknya, In shaa Allah, hubungan kita sesama manusia termasuk dengan insan tersayang juga turut terjaga atas lindungan yang Maha Kuasa dan Maha Cinta. Subhanallah.

Semoga cinta terjalin itu terus kekal bahagia hingga ke Syurga-Mu, Ya Allah, Allah al-Wadud. Allahumma Aamiin.

(In shaa Allah, one day in my life 💓)
Manisnya Pengharapan dengan Doa:

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.” (Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”


#hiddensmile

  

Comments