Menjawab Persoalan...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

I just watched a video yang telah menjawab segala persoalan aku. Sesungguhnya Allah swt mendengar rintihan hati ini. Alhamdulillah, Ya Allah.

Satu video ni yang bertajuk "Takut untuk berkahwin" dikupaskan oleh salah seorang ahli The Solusi and apa yang buat aku tersentak adalah topik tu sangat kena dengan kupasan isi blog aku yang terbaru ni which is My fear the most.

Setiap apa yang dikatakan oleh saudara tu sangat buat hati ini terasa deep. Sungguh aku rasa berdosa kerana seolah-olah aku tak percaya akan janji-janji Allah swt, seolah-olah aku tak yakin yang Allah swt yang mengatur hidup aku. Apa yang aku tahu, aku hanya melihat apa yang dilalui oleh orang lain sehingga aku mungkin menolak takdir aku sendiri, sombong kan aku ni? Astaghfirullah al Adziim.. 

Aku tak pernah terfikir sampai ke tahap untuk menidakkan janji Allah swt, tetapi sebenarnya perasaan aku sedikit sebanyak dah mempengaruhi perbuatan aku yang sememangnya membuatkan aku alpa atas kekuasaan Allah. Sungguh aku manusia yang paling hina!

Saudara itu kupas "Jika kita ada perasaan takut untuk berkahwin, kerana kita melihat orang-orang yang mempunyai masalah rumahtangga, sehingga kita buat keputusan untuk tak nak berkahwin. Tetapi sesungguhnya kita tidak yakin dan percaya Allah itu bersama dengan kita. Sejujurnya, kita tidak takut pada Allah swt kerana kita lebih takut pada diri sendiri. Jika kita betul-betul takut pada Allah, kita akan berani mengambil risiko yang mendatang kerana kita yakin Allah swt ada bersama dengan kita, in shaa Allah, Dia akan berikan jalan yang terbaik untuk segala permasalahan kita." Ini apa yang aku dapat huraikan atau conclude kan kepada apa yang telah dikupaskan oleh saudara itu.

Aku betul-betul terkesan dengan apa yang disampaikan olehnya. Bila difikirkan balik, semua berbalik kepada bagaimana hubungan kita dengan Allah swt. Bagaimana kita jaga hubungan tersebut? Mungkin di situ, aku perlu muhasabah diri lebih lagi. Banyak perkara yang aku perlu perbetulkan hidup aku ini, sebab hanya aku sendiri yang tahu aku diri yang bagaimana.

Semoga iman aku masih utuh. Aku bersyukur, Allah swt gerakkan hati aku untuk melihat dan mendengar kupasan video tersebut, padahal dah lama aku letak video tu di "saved videos" Facebook. Sekarang ini, apa langkah aku yang seterusnya? Tidak kira apa yang aku buat after this, aku berdoa agar aku masih dijalan-Nya. In shaa Allah. 💕

p/s: aku share link kepada video tersebut, mana lah tahu berguna untuk yang lain.

https://www.facebook.com/watch/?v=1111044475979798

#hiddensmile

Comments

Post a Comment