Istikharah: This is not a magic 8-ball! [Part I]
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Hari ini, apa yang aku nak kongsikan adalah mengenai Istikharah yang disampaikan oleh Syaikh Abdul Nasir Jangda. Dimana dalam perkongsian yang disampaikan oleh beliau, benar-benar telah memberikan aku kefahaman yang sebenar dalam konsep makna Istikharah yang sebenar.
Selama ini, apa yang aku belajar dan apa yang aku faham dari apa yang telah dikongsikan oleh orang lain yang berpengalaman, betul-betul telah disalah tafsirkan makna atau konsep Istikharah sebenarnya oleh diri aku sendiri. Kerana selama ini aku telah berpegang teguh pada konsep yang salah. Aku dah salah faham dalam sudut memahami Istikharah itu sendiri. Sesungguhnya perkongsian yang disampaikan oleh Syaikh itu betul-betul telah membuka minda aku sepenuhnya. Allahu rabbi. Terima kasih, Allah!
Ini bukan kali pertama. Tetapi dengan kefahaman konsep yang baharu ini, aku berharap untuk menemukan sebuah jawapan yang tepat dan menjadi sebuah pengakhiran dalam segala tanda tanya yang dipersoalkan. Disini aku akan ringkaskan apa yang aku faham akan konsep istikharah dari sudut perkongsian dari Syaikh tersebut. Disebabkan ianya akan jadi satu perkongsian yang panjang, maka aku akan jadikan ia satu topik yang baru which is in part ii dalam nukilan ni.
Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada mereka yang membaca. Selamat menelaah! 😄
Comments
Post a Comment