Pandemik Dunia yang mungkinkah tiada pengakhiran?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt,

Lumrah umum mengetahui bahawa satu dunia telah didatangi tetamu yang tidak diundang. Tetamu yang tidak dapat dilihat malah disentuh telah membawa ancaman kepada sesiapa sahaja kerana hadirnya beliau mencetus kekacauan dan ketakutan.

Ianya telah menyebabkan berbillion rakyat di seluruh dunia terhenti nafas buat selama-lamanya. Tiada sesiapapun yang tahu bila pengakhiran ini akan berlaku dan bila ianya akan berhenti menyerang? Umum juga cukup tahu betapa bahayanya dia jika hadir dalam pembuluh darah manusia. Dia adalah COVID-19, virus pembunuh manusia dimana-mana sahaja jika tiada pelindungan yang optimum pada diri seorang manusia.

Ianya telah bermula pada Disember 2019 di Wuhan, China. Kemudian, ianya mula merebak di serata dunia termasuk Malaysia. Berbillion kematian serata dunia telah dicatat semenjak itu, dan orang awam mula kerisauan dan tercetus kegawatan. Di Malaysia, kawalan pergerakan telah diperkenalkan pada 17 Mac 2019 dan sehingga kini, Malaysia masih di tahap yang merisaukan dengan pencapaian 7289 kes (25/5/2021 setakat ini)  melibatkan seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai cubaan usaha untuk memulihkan keadaan dilakukan tanpa henti, termasuk dengan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap barisan hadapan yang bertugas di pelosok bangunan hospital, dan klinik kesihatan. Hanya untuk menyelamatkan rakyat yang dijangkiti.

Pada awal Mac 2021, vaksin yang dicipta untuk melindungi manusia telah diperkenalkan dan ianya telah dibahagikan kepada 3 jenis vaksin iaitu Pfizer, Astrazeneca, dan Sinovac. Dimana ketiga-tiganya memiliki tahap keberkesanan yang berbeza serta peratus perlindungan juga turut berbeza. Walau bagaimanapun, ketiga-tiganya mempunyai satu titik persamaan iaitu untuk mengurangkan kadar jangkitan dan kematian yang tinggi akibat COVID-19.

Setakat ini, rakyat Malaysia telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyambut seruan vaksinasi diri yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mula memperkenalkan trademark "Lindungi diri, Lindungi Semua"; walaupun di dalam masa yang sama, penggiat anti-vaksin mula bersuara dan memberontak untuk menghalang mereka yang bersedia untuk vaksinasi diri dengan menlontarkan kenyataan yang menggentarkan jiwa manusia serta menyebarkan maklumat-maklumat palsu secara berleluasa. Sedangkan orang yang bijak berilmu, cukup tahu akan fungsinya vaksin di dalam kehidupan sejagat sejak sebelum hadirnya wabak ini.

Menvaksinasikan diri adalah salah satu kemaslahatan dalam mempelihara nyawa dan Islam juga telah mengajar pengikutnya bahawa mempelihara nyawa atau melindungi nyawa adalah salah satu ihsan dalam beragama dan juga dalam konteks Maqasid Syariah. Bahkan kita juga bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi melindungi orang di sekeliling kita seperti ibubapa, adik beradik, sanak saudara, sahabat andai dan juga jiran tetangga. Walau bagaimanapun, menyuntik vaksin juga bukan satu paksaan bagi mereka yang belum bersedia dan malah diberi kelonggaran kepada mereka yang tidak layak untuk divaksinasikan atas faktor kesihatan, penyusuan bagi ibu yang mengandung dan kanak-kanak di bawah umur yang dihadkan oleh KKM.

Justeru, jadilah insan yang bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian manusia sejagat tanpa mencemuh atau menyebarkan fitnah secara berleluasa tanpa memiliki informasi/bukti yang diyakini dan tepat. Bertimbang rasa lah sesama insan dan kasihanilah mereka yang bersusah payah melakukan pengorbanan tanpa henti sejak mulanya wabak ini muncul hingga sekarang. Selain itu, hormati setiap barisan hadapan yang bertugas dan hulurkan bantuan semampu yang boleh bagi memudahkan urusan mereka. Kerana mereka juga manusia yang mempunyai keluarga yang menanti kepulangan mereka dengan selamat.

Duduk di rumah, patuhi SOP sebaik mungkin dan #staysafe serta #VaksinasiDiri

Comments