Because You Are So Beautiful...

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Wahai Muslimah,

Apakah tujuanmu dalam mengharungi kehidupan ini?

Apakah caramu untuk tidak menjadikan dunia ini sebagai tuanmu?

Sedarkah kamu wahai Muslimah bahawa dirimu ini begitu berharga! 
Sedangkan Rasulullah saw mengiktirafkan dirimu sebagai seorang wanita yang bijaksana malah berhati lembut.
Tapi, apabila melihat kaum hawa pada zaman ini, tidakkah terbitnya rasa malu kamu melihatnya? Tidak mahukah kamu memperbaikinya?

Menegur mungkin adalah salah satu cara baginya, tapi setiap perlakuan ada batas dan caranya!

Melaksanakannya dengan cara berhikmah adalah cara yang begitu positif malah ianya diraikan oleh Rasulullah saw.

Takrif seorang Muslimah layaknya digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak kira bagaimana akhlak dan imannya saat itu, kerana setiap panggilan dan ucapan itu merupakan satu du'a buatnya ! 


Janganlah kita melihat mereka dari sudut yang negatif atau penuh cacian dan kehinaan, sesungguhnya bukan kita yang layak untuk menghakimi kehidupan dan keimanan mereka. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui.

Menjadi insan yang sempurna adalah satu perkara yang impossible sebab no one is perfect in this world!

Tetapi untuk menjadi seorang Muslimah yang bertakwa itu amat possible, sesungguhnya pintu taubat Allah swt itu masih terbentang luas.
Carilah ISLAM dalam setiap perilaku kebaikan pada setiap Muslimah yang melaksanakan nya, sesungguhnya ISLAM adalah agama yang syumul .

Wahai Muslimah!

Setiap aturan yang Allah swt dan Rasulullah saw tujukan kepada kaum hawa itu adalah tetap dan bersebab. Laksanakanlah ia dengan hati yang ikhlas.
Kerana setiap yang Allah swt tentukan cara hidup kita dengan menjaga mata,lisan,perilaku dan akhlak..ianya bersebab dan sudah pastinya akan memberi kebaikan kepada kita.

Because you are so beautiful...


Definisi cantik itu dalam beragama ialah cantik peribadi luar dan dalam! Dirimu cantik kerana agamamu. Dirimu cantik kerana Allah swt menutup aibmu. Oleh itu, bersyukurlah dengan cara 'menjaga' anugerah Allah swt ini dengan sebaik semungkin.

Islam itu memperkenalkan wanita itu sangat cantik tetapi janganlah kita memburukkannya dengan sifat terkinja-kinja yang tiada batasan.

Contohilah wanita-wanita Islam ketika zaman Rasulullah saw seperti Saiyiditina Khadijah, Saiyiditina Aisyah, Saiyiditina Fatimah, Maryam, Asma' dan selayaknya. Lihatlah tatacara kehidupan mereka dan bagaimana mereka menonjolkan kemuliaan Islam dalam menegakkan pendirian kecantikan seorang Muslimah. Masha Allah!


" Sesungguhnya dunia adalah perhiasan, tetapi sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah " (Hadis Riwayat Muslim)

Alhamdulillah.

#hiddensmile

Comments