#HENSHINMUSLIMAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
 
Penghijrahan membawa erti kemenangan !
Tapi bagaimana ianya boleh terjadi?
Apabila manusia mendapat hidayah dari Allah swt.
Manusia boleh memilih sama ada mahu membuat penghijrahan kpd sesuatu yg baik ataupn sebaliknya tetapi itu semua bergantung kepada usaha masing-masing.

Adakalanya setiap kali ingin melakukan pnghijrahan, manusia akn tertanya-tanya, adakah sudah tiba masanya?

Sungguh, Hidayah itu adalah milik Allah! Dia akn memberikannya kpd sesiapa yg dikehendaki olehNya. Kerna Dia lah jua Sang Pemilik Hati. Bukan sesiapa!

Jadi, mengapa kita perlu resah akan kata-kata nista manusia? Sedangkan hati mereka Allah swt yg pegang. Yang Maha berhak membolak-balikkan hati manusia! Allahu Akhbar.
Manusia hanya tahu utk melakukan perubahan tp tidak tahu apa cara yg lebih baik bg mendekatkan diri kepada Sang Pencipta langit dan bumi. 

Jangan peduli apa org kata. Jika hati sdah berkata "Hijrah!", maka segera lakukan penghijrahan.. jangan melambat-lambatkannya. Jika terdetik jua rasa was-was itu, berdoa pada Allah swt agar dipermudahkan urusan dan dikurniakan ketetapan hati untuk berhijrah. Kerna bukan senang utk diberikan ketabahan serta diberikan peluang dalam melakukan penghijrahan.

Aspek penghijrahan ini kadang kala mnjadi sukar sekiranya kita mengambil kira kata manusia. Mereka tidak tahu apa yg dilalui oleh seorang insan yg ingin berhijrah, kerana perasaan yang hadir dan specific itu hadir kerana Hidayah milik Allah swt.
Kita berhijrah kerana Allah swt bukannya kerana kata-kata manusia disekeliling kita.

Percayalah! Peluang itu bukan datang begitu sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Bersyukurlah jika diberi kesempatan utk melakukan sebuah penghijrahan.

sebab ia tidak mudah! hanya insan yg kuat dan istiqomah shja yg mampu!

Asam garam kehidupan mmg kita akn laluinya selagi kita bernafas di bumi ALLAH. Tp xkanlah kita na hidup dlm keadaan yg penuh noda dan dosa sedangkan hidup ini hanya sekali shja! Bukan senang utk kita mndapat peluang utk brhijrah! Hijrah memerlukan pengorbanan. Maka dari itulah, hijrah membawa erti kemenangan!

Menang melawan godaan nafsu duniawi dan hasutan iblis laknatullah!
Menang berjaya mendidik diri utk sntiasa mndekatkan diri kepada Allah!
Menang kerana percaya bahawa kebahagiaan yg mutlak (kekal) itu adalah datangnya dari Allah swt!


"Yaa Muqollibal qulub, tsabbit qolbi 'ala diinik" Wahai zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.

Alhamdulillah ala kulli hal.

#hiddensmile

Comments