Aku & Kedai Jalanan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Aku dan Kedai Jalanan...

Pengalaman ini mengajar aku untuk terus tersenyum bahkan untuk tidak pernah berhenti berharap kepada Allah swt.
Segala nikmat yang dikurniakan kepada aku adalah mungkin satu ujian bagiku.
Mengajar aku untuk terus bersyukur.

Kehidupan mereka, insan yang tidak bernasib baik yang penuh dengan segala tohmahan, cacian dan kekesalan..menjadikan aku insan yang merendah diri, mereka tidak ada segalanya..
Bukan. Mereka ada sesuatu yang Allah kurniakan kepada mereka tanpa sedar iaitu 
kasih sayang.

Hidup mereka seperti ikan yang memerlukan air dan tumbuhan yang memerlukan matahari. Saling memerlukan antara satu sama lain, saling memberi dan menerima.
Mereka yang kita kenali sebagai seorang yang hidup atas jalanan bahkan hidup atas ihsan orang lain.
Sebenarnya mereka jauh lebih hebat daripada kita, sejarah yang lampau atau kesilapan yang lalu menjadikan mereka seperti itu... tetapi ada kalangan antara mereka percaya dan terus yakin pada Allah. Itulah tanda kasih dan sayang mereka pada Ilahi.

Kekurangan yang mereka miliki di atas dunia ini, tidak pernah menjadikan mereka untuk terus berpaling daripada Allah..
Subhanallah..
Sedangkan kita, memiliki nikmat yang sekecilpun, hendak menyebut kalimah "Alhamdulillah" pun sudah tidak terdaya..
Allahu.

Terasa malu pada diri ini jika melihat mereka. Ujian mereka jauh berlipat kali ganda daripada kita. Tetapi keimanan mereka jauh lebih hebat daripada kita, insan yang dikurniakan Allah segalanya.

Bersyukurlah, jika Allah masih tidak menutup matamu dari melihat kebenaran yang nyata dan menghalang hatimu daripada terus mengenal Allah. Sepertimana firman Allah swt :

"Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan ( yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat), lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihar (jalan yang benar)." (Surah Yasin, ayat 9)

Moga Allah terus melindungi kita dan memberikan kita hidayah dan taufik yang berkekalan. In shaa Allah. Allahumma aamiin..


#hiddensmile

Comments