My Sweet Cup Of Coffee

Bismillahi tawakal tuh a'lallah.


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dah 2 minggu aku berada di negara orang, In shaa Allah masih berbaki lg 108 hari lgi aku di sini. Moga baik-baik sahaja disini. 

Sepanjang aku disini banyak benda yang aku belajar, bukan setakat mengetahui dan belajar bahasa penduduk di sini tetapi ada beberapa perkara yang buat aku lebih dekat dengan Islam secara praktikal. Jujur aku katakan, disini, tempat dimana aku tinggal sekarang adalah bukan tempat muslim-friendly
Oleh itu, memang terlalu susah untuk aku survive, tapi itu bukan penghalang untuk aku terus happy dan menikmati pengalaman yang menakjubkan, Subhanallah!

Disini jua, aku belajar untuk menunaikan solat di merata-rata tempat sekiranya tiada tempat solat yang selesa contohnya surau atau masjid. Mana taknya, adakalanya aku akan solat di tepi ruang dekat dengan tangga kecemasan ataupun tempat-tempat orang letak barang perniagaan (kotak-kotak bungkusan warna coklat), dalam ruang fitting room (if tgh shopping hehe) ataupun laluan pintu belakang bagi sesetengah peniaga-peniaga food court atau restoran untuk bawa masuk bahan-bahan keperluan restoran (tapi selalunya pintu tu mereka kunci seolah-olah tiada siapa yang boleh keluar masuk, jadi rasanya tiada gangguan atau menyusahkan orang lain jika aku nak solat).

Seandainya jika kita tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini, kita akan rasa tempat ini bukanlah tempat yang sesuai untuk melaksanakan tuntutan wajib tetapi selagi mana kita yakin tempat itu adalah suci (bersih) dan tiada unsur-unsur syubhah (meragukan), In shaa Allah, Allah akan redha dengan solat kita ketika itu. Tapi janganlah bantai solat tanpa wuduk atau dalam keadaan yang tidak menyucikan. Itu memang cari dosa lah. Malu lah sikit nak menghadap Allah Al-Aziz. 

Bagi aku, inilah pengalaman aku yang pertama dan bermakna. Dan aku bersyukur kerana dapat merasakan nikmat pengalaman itu. Sungguh, saat tu aku rasa solat aku lebih rasa khusyuk sebab saat itu adalah saat aku bersama Allah, lagipun Islam tidak pernah menyusahkan pencintanya. Sentiasa ada Rukhsah (keringanan) dalam setiap kesulitan yang kita hadapi dalam sesetengah situasi.

Aku bersyukur, setakat ini, masyarakat disini sangat memahami, dan so far, aku tidak pernah diusir atau dihina bila menunaikan solat at certain places. Alhamdulillah.

Kita, as Muslim kenalah tunjukkan betapa Islam itu Indah dari segi perbuatan mahupun percakapan. Majoriti di sini, tidak terlalu boleh berbahasa Inggeris, mereka akan berbual menggunakan bahasa mereka juga walaupun dengan foreigners sekalipun. So, aku agak susah untuk communicate with them if aku nak tanya soalan atau sebagainya. Walauapapun, they're still treating us nicely and always smile to us. 

Afterall, masih panjang lagi perjalanan aku disini, dan masih banyak lagi pengalaman yang perlu aku terokai dan nikmati. In shaa Allah, ke mana sahaja aku melangkah atau berbual, aku akan cuba sedaya upaya tonjolkan keindahan Islam (walaupun aku bukan seorang Muslimah yang baik, tapi In shaa Allah, aku akan tetap usahakannya) dan tidak lupa juga kebaikan rakyat Malaysia 😆.


To be continue my long journey....

#hiddensmile
#MuslimahInTravelActionpart1

Comments