Wahai duhai hati yang ku cari...
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Wahai duhai hati yang ku cari,
Apa khabar engkau?
Bagaimana hati dan iman engkau?
Kerna diri ini sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik
bahkan cuba untuk menjadi seorang pecinta Ilahi.
Dimanakah engkau?
Apakah engkau baik-baik sahaja?
Wahai duhai hati yang ku cari,
dengarkanlah..
walau sejauh mana engkau pergi,
walau beribu langkah engkau merantau,
diri ini akan sentiasa cuba untuk terus setia
bahkan turut mengharapkan engkau juga begitu.
Sungguh..
Aku tidak peduli bagaimana sekalipun dengan kisah silammu
kerana aku sendiri juga mempunyai kisah silam
yang mungkin engkau tidak mahu dengarkan.
Tetapi aku yakin pada janji-Nya, cukup yakin akan rahmat-Nya..
Ada baiknya untuk aku dan juga engkau.
Teruslah bersangka baik dengan-Nya.
Wahai duhai hati yang ku cari,
Diri ini telah lama berusaha untuk terus kuatkan hati
agar mampu untuk setia
bahkan tidak berpaling kepada mana-mana insan yang mencuba.
Kerna hati dan jiwa ini sangat tahu akan wujudnya cinta dari Ilahi.
Subhanallah, Allahu Akhbar, atas kehendak dari-Nya..
Dia akan datangkan sebuah cinta tulus yang menenangkan
untuk hinggap di setiap inci lapisan kulit kita
bilamana engkau dan aku adalah satu jiwa.
Bahkan..
Jiwa ini percaya atas setiap ketentuan dari Sang Pencipta,
tidak kira dari sudut mana atau bagaimana raut wajahmu,
hati ini akan sentiasa ikhlas dan redha
untuk menerimanya asal engkau jua begitu.
Wahai duhai hati yang ku cari,
Engkau hendak tahu mengapa?
Kerana jiwa dan hati ini hanya kenal akan satu perkara.
Iaitu sebuah nikmat Syurga Cinta dari Sang pemilik cinta dan hati.
Allah ar-Rahman, Allah ar-Rahim.
Maka wahai dirimu, bersabarlah dan ikhlaskan lah hatimu
agar mampu untuk terus yakin akan kehendak-Nya
dan juga percayalah akan janji-janji-Nya dalam kitab suci, Al-Quran
yang sentiasa menjadi peneman hidupmu sepanjang masa.
Sujud dan teruskanlah berdoa
untuk sentiasa diberikan yang terbaik dalam hidup yang mendatang.
Alhamdulillah.
Wahai Rabbi pemilik hati dan cinta setiap hamba-Mu,
Tautkanlah cinta kami walau dimana sahaja kami berada, temukanlah kami disaat kami benar-benar sudah bersedia untuk saling melengkapi dan meraih redha-Mu sehingga ke Mahligai Syurga-Mu.
Wahai Allah yang Maha pemberi petunjuk, tunjukilah kami jalan yang terbaik dan lapangkanlah dada kami ke atas perkara-perkara yang baik secara zahir dan batin agar kami terus menerus dapat merasai nikmat rahmat cinta dari-Mu hingga ke akhir hayat kami.
Aamiin..
In shaa Allah..
#aprincessbutnoprinceyet
#hiddensmile

Comments
Post a Comment