Bahagia dengan Takdir Allah
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Berbahagia dengan menerima takdir Allah itu tidak semudah yang diharapkan. Kerana berbahagia dan menerimanya dengan hati yang terbuka sememangnya memerlukan kekuatan yang sangat hebat.
Dan sangat bertuah bagi seorang manusia itu jika ia dapat merasai nikmat berbahagia dengan takdir Allah swt dengan hati yang Ikhlas dan Redha. Tapi percayalah ujian yang diturunkan bukanlah satu beban tetapi sebagai anugerah dan penghargaan daripada Rabb untuk awak.
"Jalan ini susah, mungkin sebab Di akhirnya Allah nak bagi segunung pahala, sebuah rumah di syurga malah dapat berkumpul dengan org yg kita sayang", Kan Dunia tempat untuk diuji, Bukan berehat. Tahan sikit sakit ujian ni okayy?. Allah jualah yang menyusun segala-galanya.
Kadang kita kena belajar dari mereka yg lebih susah dari kita. Lihat ujian yg dikirim pada mereka, Ada yg semua ahli keluarganya diragut nyawa dan dia hidup sebatang kara. Ada yang sakit tapi belum diberi kesembuhan. Ada yang hidup dalam rumah yang layak digelar 'pondok usang, tapi mereka memanggilnya sebagai ' rumahku syurga'.
Cemburukanlah pada insan yang hidupnya lebih susah, ujianya lebih berat, sakitnya lebih derita. Tetapi sabarnya terlalu banyak. Tidak merungut malah syukurnya lebih. Itulah insan yang sebenar-benarnya sedang berbahagia dengan Takdir Allah swt. Allahu, sungguh hebat dan kuat insan yang sedemikian.
Tidak mahukah kita menjadi seperti mereka? Tidak mahukah kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur, redha dan tetap ikhlas? Mereka yang kuat dan hebat adalah mereka yang masih boleh tersenyum dengan takdir yang dipilih Allah swt untuknya. Sesungguhnya Allah swt maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Percaya dan terus yakin dengan jalan yang diberi. Teruslah bersangka baik dengan Allah swt tanpa mempersoalkannya. In shaa Allah.
#hiddensmile
Assalamualaikum wbt.
"Orang terkaya adalah menerima takdir dari Allah dengan senang hati"
Berbahagia dengan menerima takdir Allah itu tidak semudah yang diharapkan. Kerana berbahagia dan menerimanya dengan hati yang terbuka sememangnya memerlukan kekuatan yang sangat hebat.
Dan sangat bertuah bagi seorang manusia itu jika ia dapat merasai nikmat berbahagia dengan takdir Allah swt dengan hati yang Ikhlas dan Redha. Tapi percayalah ujian yang diturunkan bukanlah satu beban tetapi sebagai anugerah dan penghargaan daripada Rabb untuk awak.
"Jalan ini susah, mungkin sebab Di akhirnya Allah nak bagi segunung pahala, sebuah rumah di syurga malah dapat berkumpul dengan org yg kita sayang", Kan Dunia tempat untuk diuji, Bukan berehat. Tahan sikit sakit ujian ni okayy?. Allah jualah yang menyusun segala-galanya.
"Dan sungguh akan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan, harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang bersabar." (QS Al-Baqarah: 155)
Kadang kita kena belajar dari mereka yg lebih susah dari kita. Lihat ujian yg dikirim pada mereka, Ada yg semua ahli keluarganya diragut nyawa dan dia hidup sebatang kara. Ada yang sakit tapi belum diberi kesembuhan. Ada yang hidup dalam rumah yang layak digelar 'pondok usang, tapi mereka memanggilnya sebagai ' rumahku syurga'.
Cemburukanlah pada insan yang hidupnya lebih susah, ujianya lebih berat, sakitnya lebih derita. Tetapi sabarnya terlalu banyak. Tidak merungut malah syukurnya lebih. Itulah insan yang sebenar-benarnya sedang berbahagia dengan Takdir Allah swt. Allahu, sungguh hebat dan kuat insan yang sedemikian.
Tidak mahukah kita menjadi seperti mereka? Tidak mahukah kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur, redha dan tetap ikhlas? Mereka yang kuat dan hebat adalah mereka yang masih boleh tersenyum dengan takdir yang dipilih Allah swt untuknya. Sesungguhnya Allah swt maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Percaya dan terus yakin dengan jalan yang diberi. Teruslah bersangka baik dengan Allah swt tanpa mempersoalkannya. In shaa Allah.
#hiddensmile
Comments
Post a Comment