Ujian dunia terselit dalam Surah Al-Kahfi
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Ujian yang datang itu tak pernah menentu. Kadang, tanpa kita sedar yang Allah hadirkan ujian itu untuk menegur kita.
Who knows benda itu adalah satu teguran, kan?
but if you know that you did something bad, so automatically that ujian adalah satu teguran for you.(If you have a mind on it la.)
Who knows benda itu adalah satu teguran, kan?
but if you know that you did something bad, so automatically that ujian adalah satu teguran for you.(If you have a mind on it la.)
Allah swt uji kita as manusia dalam pelbagai cara, kadang ianya dalam bentuk yang we never thought. Sebagai contoh, sakit itu adalah ujian, rasa kehilangan adalah ujian, rasa kosong itu adalah ujian, and even ada harta yang banyak sekalipun itu adalah ujian.
Ujian ini boleh datang dalam pelbagai bentuk yang berlainan, sama ada baik atau buruk, sedih atau gembira, and miskin atau kaya.
Jangan pernah ingat, orang yang kaya itu tiada ujian! Mereka ada dan mereka mengalaminya. Cuma sedar atau tak je. Orang yang berduit atau berharta, ujiannya adalah kekayaan yang diperolehi.
Teringat dalam surah Al-Kahfi, didalamnya ada 5 kisah yang disebut oleh Allah swt untuk memberitahu fitnah yang berlaku. Salah satunya adalah fitnah kekayaan, dan fitnah di sini bermaksud adalah ujian yang Allah berikan.

Kekayaan yang dimiliki boleh menjadi punca untuk seseorang itu bersikap takbur dan angkuh kepada Allah swt. Kerana mereka yakin dan percaya rezeki atau kekayaan yang diperolehi itu adalah datang dari usaha mereka sendiri bukannya dari Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Oleh itu, tiada langsung sekelumit perasaan untuk mereka bersyukur dengan apa yang dimiliki. Sombong, kan? Itulah manusia.
Ada banyak lagi contoh ujian yang Allah boleh berikan selain daripada kekayaan. Sis berikan lagi satu contoh kisah yang boleh di ambil dalam surah yang sama, Surah Al-Kahfi iaitu Ujian Ilmu.
Dalam dunia ini, tidak semua manusia diberi kelebihan memiliki ilmu yang tinggi. Kadang, ada yang pandai sehingga menjadi taruhan dunia, ada yang kurang pandai sehingga menjadi hamba manusia.
Kita boleh tengok konsep memiliki ilmu itu boleh menjadi ujian yang besar kepada individu tersebut. Bagaimana seseorang itu menggunakan ilmu yang dimiliki untuk kehidupannya? Adakah dia bersikap sombong dengan ilmunya sehingga terlalu memuja atau bersyukur dengan cara mengaplikasikan untuk orang sekelilingnya?
Dari situ lah, datangnya ujian tersebut. Nampak macam mudah dan kecil, kan?
Dari situ lah, datangnya ujian tersebut. Nampak macam mudah dan kecil, kan?
Perkara yang kecil dan mudah itulah sebenarnya boleh memberikan satu titik hitam dalam hati kita tanpa kita sedar ataupun tidak. Maka, perlulah sentiasa beringat dan kembalilah semula kepada Al-Quran yang diciptakan Allah swt untuk umat Rasulullah saw menjadikan ianya contoh dan teladan untuk muhasabah diri.
Buka minda dan hati, bahawa dalam setiap ujian yang kita perolehi itu, sebenarnya terselit Iblis laknatullah yang takkan berhenti untuk terus menghasut kita supaya melawan kitabullah dan pegangan Islam sebenarnya. Kerana itu janji mereka tetapi janji Allah swt yang mutlak itu yang sepatutnya kita yakin dan percaya.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
#hiddensmile
Comments
Post a Comment