Selamanya... Ku impikan TAB TEE LAA!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

"Tab Tee Laa!"


Apa yang sebenarnya dimaksudkan dgn "Tab Tee Laa" ini?

Tab Tee Laa ini membawa maksud kepada "ibadah sepenuh hati".
Hah!! Ibadah sepenuh hati tu plak mcm mana ye?? ๐Ÿ˜•

Okay! Bismillahirrahmanirrahim.


Sebagai seorang hamba Allah swt, apa yang sepatutnya kita lakukan?

"SOLAT 5 WAKTU, PUASA, TUNAIKAN ZAKAT, TUNAIKAN HAJI"
then, apa lagi?

Iaitu dengan menjadi seorang hamba ALLAH yg betul-betul bertakwa.

Istilah "tab tee laa"  ini sememangya patut ada pada dlm diri kita yg memegang title sbgai MUSLIM. 

"Tab Tee Laa" mengajar kita utk sentiasa patuh dan merendah diri di saat kita bersujud. Solat mesti sentiasa full-time and on-time, tak pernah tinggal kecuali jika ada uzur yang mendapat keizinan.


Sebenarnya, apabila kita tahu sebab dan mengapa kita di suruh utk menunaikn solat, maka kita akan tahu kebaikannya serta merta, bukan? 

Sebagai contoh, kita pinjam duit dgn ALONG! tauke lintah darat tu.
Jika kita tahu punca dan apa akn trjadi sekiranya kita lewat byr hutang, agak2nya lah apa yg akan ALONG tu buat ye? 

Samalah juga jika kita tak menunaikan solat dgn betul & khusyuk! 

"Neraka Menanti Syurga Menjauh!", Mesti kita taknak perkara itu trjadi kn? Ini baru solat, belum masuk lagi bab2 yg lain. Wallahualam. 

Takrif "Ibadah sepenuh hati":

Apabila hati dan pemikiran manusia, jatuh dan patuh kepada ALLAH swt dan jiwa ini akan sentiasa mngamalkan gaya hidup ISLAM yg sebenar. Tidak kira dari sudut Tauhid sehingga Akhlak. Walaubagaimanapun, jgn sampai terpesong pula! ikut garis panduan yang betul iaitu Al-quran dan Hadith Sahih. Berguru dan bermusyawarah. 

Bagaimana seandainya kita menjaga solat tp akhlak tak seiring dgn ibadah kita, apa citer?


Ibadah sepenuh hati ini bukan hnya terletak pd pergerakan solat semata-mata, tp ia juga brhubungkait dgn cara kita dan juga sikap kita yg sebenarnya.

Bagaimana kita mnghadapi manusia? dan bagaimana kita mengatur kehidupan? 
Apakah ianya berada di landasan yg betul atau tak? 
Apakah ketika kita mghadapi masalah atau fitnah yg besar, adakah kita akan jadi manusia yang sabar dan mencari penyelesaian dgn cara brhubung dgn Allah swt atau menyelesaikannya dgn amarah nafsu semata-mata? 
(Jawab sendiri di dalam hati, kalian lebih tahu mengenai diri sendiri.)

Ingat bagaimana kisah Nabi Yusuf AS, Nabi Allah swt itu yg sdah terlebih dulu dari kita di uji keimanan dan tahap kesabaran baginda oleh Allah swt? 

Dimana seorg Nabi yg diuji akibat ketampanannya dan telah mnjadi fitnah bg kaum hawa.

Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-quran, bagaimana Baginda menghadapi saat yg menakutkan apabila difitnah oleh Isteri kepada Pembesar Mesir. 
Baginda telah meletakkan 100% pengharapan sepenuhnya kepada Allah swt dalam menyelesaikan kesulitan yg dihadapi oleh baginda. Teringat satu ayat yang diucapkan oleh Nabi Yusuf AS; 

"Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya." (Surah Yusuf, ayat 33) lalu Allah swt memperkenankan doa baginda.

Baginda AS amat takut akan godaan dan tipu daya perempuan dimana ianya akan menggoyahkan rasa cinta dan setianya kepada Allah swt dan juga Islam. Lihatlah juga bagaimana konsep TAB TEE LAA ini memainkan peranan di situ, sesungguhnya Allah swt bersama dengan mereka yg teraniaya. Masha Allah.


Apabila hidup kita sepenuhnya hanya kerana Allah swt, dan Syurga-Nya adalah matlamat kita, In shaa Allah.. Ini lah Tab Tee Laa yg sebenarnya. Bagi yg mempunyai kerjaya, bijaklah dalam mengatur kehidupan dan hendaklah sentiasa berlaku adil di antara kehidupan di dunia dan juga di akhirat kelak.

Subhanallah!


Selamanya... Ku Impikan TAB TEE LAA ! Ketika hati mengejar TAB TEE LAA ! Maka damailah jiwa dengan adanya pergantungan dgn ALLAH ! - Ustazah Fatimah Syarha.
#hiddensmile

Comments

Post a Comment