Bangkit kerana Nawaitu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Pada saat akhir, aku hampir terjatuh .

Aku menangis sbb aku tak kuat,
Aku rasa ini kali pertama aku menangis di sini .

Aku melihat mereka yang berada di sekeliling, 

sekali lagi aku menangis semahu-mahunya, 
Aku tak tahu apa yg aku rasa,
Hati rasa remuk ,kecewa, menyesal, sedih..
Dan marah pada diri sendiri..

Ada saat aku rasa benci pada diri..

Sbb aku tak kuat , sbb aku menangis,
Tetapi..
Semuanya berakhir..

Apabila pada satu detik,  tubuhku jatuh bersujud..

Aku menangis di saat itu, mengharapkan aku tak hilang cahaya dari-Nya..
Sedangkan pada saat itu , betapa aku rasa malu dan hina..
Tetapi, disebabkan aku rasa yakin dan kepercayaan aku utuh kepada-Nya,
Aku percaya, aku tak ditinggalkan.. Aku yakin atas cahaya-Nya..

Aku bangun, memandang setiap penjuru bilik.. 

Aku hapuskn air mata yg pada ketika itu.. betapa lajunya ia mengalir..
Fikiran aku kosong,  hati aku tenang ..
Seolah-olah ada suara yang berbisik..


"Bersihkan hati, betulkan Nawaitu. Tanya pada diri, apa tujuan kau berada di sini? Apa yang kau mahukan disini? Nawaitu kau, apakah ia betul? "

P
ada saat itu, air mata ku jatuh mengalir,
Betapa aku sedar , betapa aku alpa ...
Nawaitu aku jauh terpesong .. 
Alhamdulillah , Aku bangkit dr terlalai .. 
Semuanya jadi mudah atas izin-Nya.
Sebelum ia jadi terlambat..
Hapuskan air mata mu, sebab ada cahaya di hadapan sana...

Terima Kasih, Allah!



#hiddensmile


Comments