Wanita Islam : Muslimah , Mukminah , Mujahidah & Muslihah .
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Mana satukah kita , wahai Hawa ?
Seorang Muslimah
Seorang Mukminah
Seorang Mujahidah
Seorang Muslihah
Kita boleh memilih untuk memiliki kesemuanya sekiranya kita mampu , tetapi sebaik-baik wanita solehah adalah wanita yang tahu batas agama dan memandang tinggi atas syariat Islam yang sebenarnya, bahkan hidupnya hanya berlandaskan keimanan dan ketakwaan dirinya kepada Pencipta Agama yang hakiki .
Maka,
Mana satukah kita , wahai Hawa ?
Seorang Muslimah
~ Menjadi seorang wanita islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya Kalimah Syahadah sebagai bukti keislaman , malah menjadikan islam sebagai cara hidup.
Seorang Mukminah
~ Bukan sekadar beriman kepada Allah , beriman kepada Malaikat , beriman kepada Rasul , beriman kepada Kitab , beriman kepada Hari Kiamat , beriman kepada Qada' dan Qadar bahkan melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar . Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah , membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.
Seorang Mujahidah
~ Seorang wanita Islam yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan dipandang tinggi.
Seorang Muslihah
~ Seorang wanita Islam yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam umat dan masyarakat.
Kita boleh memilih untuk memiliki kesemuanya sekiranya kita mampu , tetapi sebaik-baik wanita solehah adalah wanita yang tahu batas agama dan memandang tinggi atas syariat Islam yang sebenarnya, bahkan hidupnya hanya berlandaskan keimanan dan ketakwaan dirinya kepada Pencipta Agama yang hakiki .
Maka,
thabit qulubi a'la addinul islam.
Comments
Post a Comment