Sayangku, Syurgaku

Bismillahirrahmanirrahim.


Adanya aku disini kerana kamu,
Perjalanan indah ku wujud bersama doa kamu,
Kau mengajar aku untuk hidup ..
Kau mengajar aku untuk percaya..
Kau juga mengajar aku kasih sayang..

Sungguh aku ..
bahagia bila ada kamu..
Senyummu menenangkan ku..
Tangismu .. 
Sungguh ia meresahkan ku..
Kebahagianku adalah melihat kamu tersenyum..

Doaku hanya satu,
Melihat kau terus berada disisi ku..
Sedangkan aku tahu ..
Setiap yang hidup pasti akan mati..
Tapi,
Aku mengharapkan aku yang pergi dahulu sebelum dirimu..
sebab, aku tidak tahu bagaimana aku ingin teruskan kehidupanku tanpa kau disisi..

Selama ini, 
Aku hidup kerana kamu , 
disamping atas rahmat dan redha Allah SWT ..
Kerana Redha mu adalah Redha-Nya..
Sungguh,
Apa lagi kebahagiaan yang aku inginkan melainkan
Kebahagiaan dan senyummu mengiringi perjalanan hidupku..
Aku mengharapkan biarlah hidupku sentiasa bersama kamu..
Sehingga di hujung nafas dan tertutupnya mata..
Sama ada aku atau kamu..
Sayangku.. Syurgaku..


Sayangku, Syurgaku..
  Ibu & Ayah 

#hiddensmile

Comments